Header Ads

RMMJ: Jom Bantu Saya Hapus Orang Tengah

rmmj-rumah-mampu-milik-johor

Isu pemilikan rumah mampu milik dan rumah kuota Bumiputera di Johor saya perhatikan masih hangat dibahaskan Netizen di media sosial.

Tidak ketinggalan juga, pihak Pembangkang khasnya DAP cuba menangguk di air yang keruh dengan merekasaya fitnah dan persepsi negatif tentang isu ini untuk mengelirukan rakyat.

Tapi nak buat macam mana, dah memang itu kerja mereka.

Semalam, setelah selesai menyampaikan baucer wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Pekan Rabu, Kluang, saya ditanya wartawan mengenai isu pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Satu perkara penting yang ingin saya tegaskan di sini ialah pembelian RMMJ atau kuota rumah Bumiputera tidak melalui orang tengah.

Saya menyeru kepada pemohon supaya membuat laporan polis atau SPRM sekiranya ada pihak meminta bayaran tujuan membeli rumah ini. Jika ada pihak mengaku daripada Bahagian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, sila dapatkan butiran mengenai jawatanya.

Sekali lagi saya ingin nasihatkan kepada bakal pemohon rumh RMMJ supaya jangan terpedaya dengan 'orang tengah' yang kononya boleh membantu anda mendapatkan rumah, khususnya rumah mampu milik.

Sekiranya ingin bertanya atau berurusan untuk permohonan rumah RMMJ ini, boleh terus berhubung dengan SUK Bahagian Perumahan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.