Header Ads

TAHNIAH MPK ATAS ANUGERAH GOLD AWARD 2017, SATU KEBANGGAAN ANAK KLUANG

Alhamdulillah kita mendapat berita gembira daripada London, UK.

Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah menerima anugerah Gold Winner Award daripada International Green Apple Award dalam majlis yang diadakan sebentar tadi.. Bronze winner dari India dan Silver dari UK.. anugerah Ini adalah  Kategori Built Environment and Heritage Building untuk 'Laman Kreatif'..

Pencapaian ini sungguh tidak disangka kerana MPK memenangi Gold Winner award ini di peringkat antarabangsa...

Tahniah dan terima kasih kepada warga MPK yang mengilhamkan 'Laman Kreatif' dan 'Laman Pesona'.. terima kasih kepada mantan Yang DiPertua, Hj Ismail Abu..

Sebagai anak jati Kluang, saya sangat berbangga dengan pencapaian ini... ayuh warga Kluang mari bersama kita pelihara kebanggaan kita ini dengan menjaga kebersihan bandar kita serta cegah vandalisme..

#muafakatmembawaberkat
#teamJohorBerkemajuan

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.